Ut in laoreet sapien eu amet
03/02/2017Sabah Construction Fair (24-26 Feb, 2017)
27/03/2017KOTA KINABALU, 24 FEBRUARI – “Information, Technology and Innovation” dipilih sebagai tema penganjuran Sabah Construction Fair 2017 (SCF 2017) yang merupakan usaha menghimpunkankan semua pemain dalam sektor pembinaan yang julung-julung kalinya diadakan di Sabah.
“Mengadunkan elemen teknologi dan inovasi ke dalam proses pembangunan sistem perumahan (sama ada di bandar atau desa) adalah kunci penghasilan satu idea petempatan yang lebih sejahtera. Teknovasi bukan sahaja boleh mencipta rumah yang selesa dan selamat, tetapi ia juga menawarkan pengalaman hidup yang lebih berkualiti. Atas semangat inilah maka kementerian saya iaitu MOSTI “, demikian menurut YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada ucapan perasmian SCF 2017 di Sabah Trade Centre.
Tambah beliau, “Sejak dahulu lagi telah terdapat undang-undang/kod bangunan yang digubal bagi memastikan keselamatan bangunan yang didirikan, di mana penguatkuasaannya dibuat oleh pihak PBT melalui undang-undang yang berkaitan seperti Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL).
“Di bawah UBBL, banyak Malaysia Standards (MS) dirujuk bagi memastikan binaan adalah selamat, berkualiti dan mesra pengguna. Dengan pelaksanaan projek pembinaan dan pembangunan yang kian rancak, sama ada di dalam mahupun di luar negara, kita perlu memastikan projek dilaksanakan dengan cepat, tepat dan berpandukan standard-standard yang telah ditetapkan”, katanya lagi.
Menurut beliau, jika tidak, industri pembinaan negara akan ketinggalan dan tidak mampu bersaing dengan industri pembinaan negara-negara luar. Justeru, beliau menggesa agar agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta yang terlibat dalam industri pembinaan dapat menjadikan standard sebagai alat strategik yang mampu melonjakkan kualiti dan produktiviti industri pembinaan.
Kolaborasi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Persatuan Pembina Sabah menganjurkan SCF 2017 mulai 24 hingga 26 Februari 2017 merupakan salah satu usaha jitu bagi menjayakan sektor teknologi dan pembangunan negara.