BORANG PERMOHONAN

Kriteria Pemilihan

Permohonan terbuka kepada penyelidik dan usahawan teknologi yang menerima pembiayaan Kerajaan yang memenuhi keperluan berikut:

1. Mempunyai harta intelek (Intellectual Property; IP) yang berdaftar;
2. Tahap Kesediaan Teknologi (Technology Readiness Level; TRL) produk hendaklah sekurang-kurangnya TRL 5 dan ke atas;
3. Produk yang dibangunkan mestilah daripada sektor dalam Rangka Kerja 10-10 Malaysia Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (MySTIE);
4. Calon yang disenarai pendek hendaklah boleh menghadiri sesi rakaman video yang diatur oleh pihak sekretariat; dan
5. Bersedia untuk menyampaikan pitching berdasarkan templat slaid yang telah disediakan selama 5 minit bagi tujuan rakaman video.

(Muat turun disini http://tinyurl.com/templateslidemytechpitch2022)

Mereka yang telah disaring dan disenarai pendek akan dihubungi oleh pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Penyertaan yang tidak memenuhi syarat di atas akan dibatalkan oleh MOSTI. MOSTI juga berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan pada mana-mana peringkat program