Algaetech International Launches Antioxidant Skin Care, Astatude
13/05/2016MOSTI Digitising Agriculture towards New Economy
19/07/201624 MEI 2016, Kuala Lumpur – Sempena Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY’16) 145 produk R&D akan dikomersialkan dan menjadi KPI Umum MCY16.
Dua produk yang merupakan sebahagian daripada 145 produk tersebut telah dilancarkan pada hari ini iaitu ‘My Fon’ dan ‘Quantum Breakpads’.
Sejumlah 25 organisasi termasuk agensi/ institut penyelidikan; Universiti Penyelidikan; dan agensi pembangunan teknologi telah menyatakan komitmen mereka untuk mengkomersialkan sejumlah 145 produk/ teknologi pada tahun 2016.
Pelancaran produk oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau dilaksanakan bersama-sama dengan Majlis Pra-Pelancaran MCY’16. Majlis menyaksikan pelancaran Logo, Slogan dan Lagu MCY yang telah dipilih melalui pertandingan berakhir pada 30 Mac lalu. Hadiah utama bagi kategori Logo adalah sebanyak RM3,000.00, kategori Slogan sebanyak RM2,000.00, manakala kategori Lagu adalah sebanyak RM5,000.00. Logo, slogan dan lagu ini akan digunakan bagi semua program dan aktiviti Tahun Pengkomersialan Malaysia.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Kementerian Kewangan Malaysia sedang menganjurkan inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) dan dilaksanakan melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Tahun Pengkomersialan Malaysia diharap dapat memupuk budaya keusahawanan, meningkatkan kesedaran mengenai pengkomersialan R&D dan impaknya kepada pembangunan negara. Dengan pengkomersialan produk-produk R&D tempatan ini, produk-produk inovatif berkualiti tinggi dapat dihasilkan yang dapat menembusi pasaran luar negara dan mewujudkan jenama Malaysia.
Nota:
‘MY Fon’ alat komunikasi yang selamat dan mudah digunakan bagi pelajar sekolah berasrama penuh dan merupakan sejenis telefon awam yang tidak menggunakan duit syiling tetapi berasaskan GSM dan SIM., dibangunkan oleh incubatee daripada Technology Park Malaysia iaitu Pure Spectrum Sdn. Bhd.
‘Quantum Brakepads’ pula memenuhi keperluan piawaian antarabangsa yang mempunyai ciri-ciri yang mana ia dihasilkan tanpa kandungan asbestos dan mesra alam. Selain mempunyai kandungan logam yang sedikit, kurang bising, kurang menghauskan rotor ia juga kurang berhabuk bagi melicinkan proses penekanan brek. Produk yang dibangunkan oleh SIRIM Berhad dengan kolaborasi Kejuruteraan Emas Sdn. Bhd.
[widgetkit id=”35″ name=”145 Produk Dikomersialkan dan Menjadi KPI Umum Sempena Tahun Pengkomersialan Malaysia”]