Projek penyelidikan biakbaka mutasi ini dihasilkan untuk membantu agenda dan dasar negara dalam menghasilkan varieti tanaman baharu yang boleh meningkatkan tahap sara diri, pendapatan dan taraf hidup petani. Padi NMR152 telah berjaya mencatatkan hasil diantara 7-11 tan per hektar (t/ha) bergantung kepada lokasi penanaman dan kaedah pengurusan sawah. Pada tahun 2019, Agensi Nuklear Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Syarikat Benih Pengeluaran Benih Padi Sah, HMN (M) Sdn. Bhd dan Bayer Co. (MALAYSIA) Sdn. Bhd. Hasil kerjasama ini telah banyak memberi nilai tambah kepada benih padi mutan NMR 152, NMR 151, NMR 191 dan beberapa jenis lagi padi mutan lain, yang akhirnya akan menghasilkan pengeluaran benih padi yang lebih kompetitif dan berdaya saing berbanding dengan varieti padi lain yang ada dipasaran. Pada 20 November 2021, produk padi mutan ini telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke-9, dengan nama komersialnya ialah IS21. Iaitu sempena nama YAB Perdana Menteri.
There are no reviews at the moment
Varieti Padi Baharu Malaysia NMR152