Pesawat Su-30MKM yang telah beroperasi lebih 10 tahun atau mencapai 1500 jam penerbangan perlu pembaikan (overhaul) tetapi tidak dapat dilakukan kerana ketiadaan tatacara kerja (task cards).
TUDM dengan kerjasama ATSC, universiti tempatan dan syarikat tempatan bersetuju untuk membangunkan task cards. Sebanyak dua task cards telah dihasilkan dan diterima penggunaannya oleh TUDM iaitu;
i. Task card Service Life Extension (SLE) untuk membolehkan pesawat terbang selama lima tahun lagi setelah dibuat pemeriksaan, rawatan dan overhaul selama empat bulan; dan
ii. Task card Preventive and Restoration Works (PRW) membolehkan pesawat terbang untuk 10 tahun lagi dan mengambil masa sembilan bulan untuk overhaul.
There are no reviews at the moment
Overhaul Task Cards for SU-30MKM Multi Role Combat Aircraft