mcy-logo5
73

Mesin Pengisian Tanah (SOFIL)


Mesin Pengisian Tanah (SOFIL) dibangunkan untuk membantu pertumbuhan industri semaian dalam menyediakan anak benih yang berkualiti untuk program penanaman semula getah. Tugasan mengisi polibeg dengan media tanaman adalah tugas yang berat serta berulang-ulang. Bagi meningkatkan produktiviti penyediaan bahan tanaman, penggunaan mesin SOFIL yang berautomasi dapat memastikan hasil yang konsisten serta kualiti dan kadar pengeluaran bahan tanaman dapat ditingkatkan. Mesin ini adalah separa automatik di mana media tanaman akan dimasukkan ke dalam tangki tanah. Kemudian media ini dicampurkan dengan baja sehingga sebati. Akhirnya, dipindahkan menggunakan konveyor untuk diisi ke dalam polibeg. Proses penyediaan media penanaman, pencampuran dan pengisian dilakukan secara automatik sementara proses pembukaan polibeg adalah manual. Proses yang sama untuk manual memerlukan 6 hingga 8 pekerja untuk menghasilkan 2000 polibeg sehari. Manakala mesin ini hanya memerlukan 2 orang pekerja dengan jumlah pengeluaran sebanyak 3000 polibeg sehari.
User Rating

0 average based on 0 Reviews


5 Star
0
4 Star
0
3 Star
0
2 Star
0
1 Star
0

There are no reviews at the moment

Write a review


Add Files..
I confirm that the information submitted here is true and accurate. I confirm that I do not work for, am not in competition with and am not related to this service provider.
By continuing, I agree with the Terms & Conditions.