Mass Propagation Technology using Crown Leaf Budding in Self-Watering Propagation Chamber System for MD2 Pine
Teknologi ini membolehkan nanas jenis MD2 dibiakkan dengan lebih cepat, kualiti terjamin dan kos rendah. Menggunakan teknik tunas daun jambul dalam penanaman yang mampu menghasilkan 30-40 bahan tanaman daripada satu induk dengan kadar kejayaan 96%. Teknik sedia ada hanya menghasilkan 3-4 bahan tanaman dan peratusan kejayaan bergantung pada perubahan iklim. Teknik ini juga boleh digunakan kepada pelbagai jenis nanas yang lain.
Teknologi ini juga membantu mempercepatkan tempoh matang nanas iaitu 30 hingga 40 hari sahaja berbanding teknologi sedia ada iaitu 60 hingga 70 hari. Masa semaian juga menjadi pendek iaitu 3 hingga 4 bulan. Kos bagi teknologi baharu ini juga lebih rendah dan jumlah pengeluaran nanas dapat ditingkatkan. Ia juga merupakan teknologi hijau yang selamat digunakan untuk alam sekitar dan boleh ditanam di pelbagai jenis tanah.
There are no reviews at the moment
Mass Propagation Technology using Crown Leaf Budding in Self-Watering Propagation Chamber System for MD2 Pine