Metil ester ialah komponen utama untuk pelbagai bahan termasuk sebagai pelarut bagi Emulsifiable Concentrate (EC) untuk penghasilan racun serangga. Penggunaan metil ester dari tumbuhan seperti minyak biji getah akan menurunkan kos penghasilan, menambah nilai produk dan mengurangkan risiko disebabkan kimia sintetik. IMeBS menghasilkan metil ester dalam masa tindak balas yang pendek, dengan keadaan optimum kadar penghasilan adalah 30 L/unit untuk jaminan kualiti ekonomi yang lebih baik dan mesra alam sekitar.
Prototaip ini mempunyai potensi untuk dihasilkan dalam skala besar sehingga mencapai taraf komersial dengan sokongan dan kerjasama industri. Kualiti produk memenuhi standard American Society for Testing and Materials (ASTM) D6751 dan EN 14214. Berbanding dengan teknologi sedia ada, inovasi ini mampu mengurangkan nilai asid minyak bahan mentah dan meningkatkan ketulenan metil ester yang menggunakan minyak bahan mentah campuran dengan nilai asid tepu yang tinggi.
There are no reviews at the moment
Integrated Methyl Esters Blending System using Hydrodynamic Cavitation (IMeBS)