Produk mesra alam sekitar hasil penyelidikan daripada halia liar yang dikenali sebagai lempoyang. Sebatian bioaktif halia liar diekstrak menggunakan proses pengekstrakan berasaskan air. Proses pengekstrakan dalam HALEA lebih cepat, kurang penggunaan tenaga dan kualiti pengekstrakan yang tinggi jika dibandingkan dengan proses pengekstrakan industri masa kini. Hasil pengekstrakan digunakan dalam formulasi produk HALEA.
Terdapat banyak produk penjagaan kulit dalam pasaran yang tidak selamat dan menggunakan bahan-bahan berbahaya seperti paraben, hidroquinone dan merkuri. Produk HALEA menggunakan bahan-bahan berasaskan tumbuhan, tidak berbahaya, selamat dan bersih (HALAL & TOYYIBAN) dalam proses penghasilan produk.
There are no reviews at the moment
HALEA Natural Skin Care